GO GREEN UUM! SERU UNPRI

on .

ANJUNG TAMU ONLINE: Go-Green adalah suatu gerakan yang bertujuan memelihara dan mencipta suasana persekitaran hidup yang lebih baik bagi semua termasuklah manusia, flora, fauna dan lainnya seperti air, tanah, udara dan sebagainya.Go green adalah tindakan penyelamatan bumi yang saat ini sudah mengalami banyak kerosakan dan alam semulajadi semakin panas hasil tindakan yang tidak menentu.

Kenyataan ini mendapat perhatian 10 orang pelajar kumpulan pertama program kerjasama UUM dengan Universitas Prima, Medan Indonesia (UNPRI) di bawah program Pusat Pengajian Antarabangsa UUM COLGIS.

 

“Kami berada di UUM Welcome Centre bagi memenuhi hasrat untuk Discover UUM  dengan lebih erat” ujar ketua delegasi UNPRI, Teng Sauh Hwee.

Beliau berkata “Go green University”.

“Welcome Centre telah mendefinisikan UUM yang memiliki persekitaran hijau, tenang dan mendukung konsep Go green selama ini”, jelasnya lagi.

Semangat Go Green ditunjukkan dengan konsep rimba hijau sebagai tagline di mana terdapat beberapa jenis tumbuhan yang ditanam sebagai landskap menarik, juga lukisan pelbagai macam pokok yang ada di UUM seperti bunga kertas, pokok Sintok dan Pokok Tiga Beradik. Ianya membawa harapan agar menambah maklumat tetamu tentang alam di samping melestarikan tanaman yang masih ada agar tidak hilang dalam fikiran generasi muda.

Tambahnya, gerakan Go Green diamalkan oleh masyarakat dan dunia, bumi akan menjadi tempat tinggal yang selesa dan damai untuk semua pada masa kini dan masa depan, malah “Penghijauan Kembali” juga merupakan salah satu kegiatan penting yang harus dilaksanakan secara konseptual dalam menitikberatkan alam semulajadi sebagai anugerah yang lumayan nilainya.