GREEN TODAY, IMPROVE TOMORROW

on .

SBM Online: Pada Sabtu, 31 March 2018 yang lalu, sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) daripada Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) UUM telah mengadakan satu program pembelajaran berasaskan servis (Service Based Learning) di Gelanggang Futsal Bandar Tasik Mutiara, Seberang Perai Selatan.

Program ini telah dilancarkan oleh mahasiswa dengan kerjasama Penang Green Council Strategies Sdn Bhd. Program ini melibatkan seramai 80 pelajar yang berumur 8 tahun hingga 12 tahun. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti sesi “ice-breaking” antara pelajar, mahasiswa dan mahasiswi, sesi sisa pepejal, sesi kitar semula dan lain-lain lagi. Salah satu aktiviti yang diadakan iaitu eksperimen “Eco-enzyme” amat menarik perhatian semua pihak kerana ia meningkatkan pengetahuan semua pihak terhadap sisa-sisa makan yang dapat diproseskan menjadi satu produk yang begitu berguna kepada kita. Objektif program ini adalah untuk menggalakkan “Green Innovation” dalam kalangan pelajar. Program ini turut memberi pengalaman baru dan membawa banyak manfaat kepada para mahasiswa yang ditugaskan ini untuk menghasilkan output bagi kursus Seminar Pemikiran Pengurusan. Jawatankuasa program ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Dekan SBM, Dr Khairol Anuar Ishak, Pensyarah Seminar Pemikiran Pengurusan iaitu Prof Madya Dr. Hartini binti Ahmad (kumpulan B) dan pihak Penang Green Council (PGC) Strategies Sdn Bhd. di atas segala bantuan yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.