PROGRAM SINTOK FUN RIDE BERSAMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SINTOK

on .

JPP ONLINE : 8 Mac 2018 - Bersempena dengan Hari Pengasasan Universiti ke-34, JPP telah menganjurkan Program Sintok Fun Ride bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada warga sekolah khususnya pelajar dan guru untuk melihat sendiri keindahan flora dan fauna di dalam kampus UUM.

Seramai 90 orang pelajar dan guru diiringi oleh 7 orang pegawai dari JPP telah menyertai program ini. Pelepasan kayuhan basikal elektrik telah disempurnakan oleh Guru Besar di perkarangan SMK Bandar Baru Sintok. Diantara lokasi yang dilawati adalah Anjung Tamu, Puncak Vista, Kandang Rusa dan padang golf.