KAYUHAN BERBASIKAL “SECURUTY FUN RIDE” (WELCOME CENTRE – UNIMAP – PERKARANGAN JABATAN KESELAMATAN 2018)

on .

KESL ONLINE : Sempena Hari Pengasasan Universiti  Utara Malaysia ke - 34  Jabatan Keselamatan dengan kerjasama Kelab Kebajikan Jabatan Keselamatan (KEJAKES) telah menganjurkan kayuhan basikal “Security Fun Ride” pada 28 Februari 2018 bersamaan 12 Jamadilakhir 1439H.  Program ini adalah kayuhan santai bagi pengemar sukan berbasikal untuk menguji ketahanan mental dan fizikal sepanjang kayuhan dengan jarak 35 km pergi balik. Kayuhan yang bersifat santai, telah menarik perhatian ramai untuk menyertai program ini dimana peserta bergerak dalam barisan mengikut arahan marshall dan tidak bersifat berlumba. Pihak penganjur telah menyediakan sebanyak 60 buah basikal letrik Voltron bagi para peserta yang tidak mempunyai basikal untuk menjayakan program ini.  Kayuhan bermula dari Welcome Centre, UUM menuju ke UNIMAP, Perlis dan berakhir di Perkarangan Jabatan Keselamatan.

Program “Security Fun Ride” ini diketuai oleh Pengarah Keselamatan, Yang Berusaha Mejar Mohamad Ezanee Yazid yang  turut menyertai kayuhan berbasikal bermula jam 8.30 pagi.  Sambutan yang amat menggalakkan disertai oleh 100 orang peserta terdiri daripada staf UUM, staf Jabatan Keselamatan dan orang ramai yang mencintai sukan berbasikal disekitar UUM.

Majlis diberi taklimat oleh Pengarah program Lt. Kol. Musa Hj Bari sebelum bacaan doa oleh PK Zainuddin Ismail bagi memberkati majlis.

Seterusnya di pekarangan Welcome Centre, peserta kayuhan dilepaskan oleh Encik Ahmad Rasidi Abdullah, Pengarah Jabatan Canselori sebagai tanda kayuhan bermula.  Peserta bergerak secara santai ke UNIMAP sebelum meneruskan semula kayuhan ke Perkarangan Jabatan Keselamatan, UUM yang berakhir pada jam 1.00 petang.

Semua peserta telah diraikan dengan jamuan makan tengahari yang menyelerakan sambil diiringi persembahan nyanyian dari Band yang dianggotai oleh staf Jabatan Keselamatan dan pemberian Sijil Penyertaan oleh Pengarah Keselamatan di akhir program.