PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT SLCP, KG. NELAYAN, PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU

on .

Program khidmat masyarakat bersama penduduk Kg. Nelayan, Pulau Perhentian, Terengganu ini dianjurkan oleh Unit Bahasa Antarabangsa, Jabatan Pengajian Bahasa, SLCP, UUM pada 29-30 Jun 2019. Program Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial warga Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah kepada masyarakat sekeliling. Usaha ini merupakan tanda keprihatinan staf Unit Bahasa Antarabangsa, Pusat Pengajian Bahasa, SLCP, UUM terhadap murid-murid di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian Terengganu. Oleh itu, program khidmat masyarakat ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan mengenai bahasa Antarabangsa kepada murid-murid di sekolah tersebut. Staf dari Unit Bahasa Antarabangsa, SLCP telah mengadakan beberapa kelas pengajaran bahasa Antarabangsa dan mengadakan aktiviti- aktiviti yang bersesuaian selaras dengan matlamat sekolah yang ingin menjadikan sekolah tersebut sebagai “Edutourism School”.