TEKNOLOGI BIOREKTOR TANAM CENDAWAN

on .

Bagi warga desa, menikmati cendawan kukur masak lemak bersama daging salai mampu mengecurkan air liur, apatah lagi jika dinikmati semasa musim hujan.

Pun begitu, isu keselamatan terutama cendawan yang lebih dikenali sebagai kulat sisir atau nama saintifiknya Schizophllyum commune yang dikutip di kebun getah yang dibimbangi terdapat racun membuatkan tanaman eksotik ini agak payah ditemukan dalam pasaran komersial.

NAIB CANSELOR TINJAU HUTAN SINTOK

on .

UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah meninjau hutan Sintok, pagi tadi.

Tujuan tinjauan tersebut adalah bagi melihat pengurusan hutan Sintok yang merangkumi pemuliharaan, pembelajaran, pengusahasilan, penambahbaikan dan pengawalan sumber.

Antara tempat yang turut dilawatinya termasuk kawasan air terjun Sintok yang boleh menawarkan pengalaman pelancongan berasaskan eko pelancongan untuk pelancong dalam dan luar negara, khususnya pencinta alam.

PROGRAM TEAMBUILDING KEMBARA ALAM JERAI 2017

on .

DERUAN AIR TERJUN SERI PERIGI MENJADI SAKSI KEUTUHAN IKATAN UKHUWAH WARGA PUSAT PENGAJIAN BAHASA, TAMADUN DAN FALSAFAH (SLCP), UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Curahan air terjun yang memutih mengalir deras di celahan batu-batu, membuatkan mata terpaku dengan keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Air terjun Seri Perigi seakan-akan memanggil para pengunjung untuk singgah ke situ menikmati deruan air terjunnya yang dikatakan antara yang tertinggi di negeri Kedah. Mempunyai ketinggian 100 meter, air terjun Seri Perigi merupakan antara kawasan perkelahan popular.

MENEROKAI HUTAN SINTOK DENGAN KUASA 4X4

on .

PPA UUM CAS ONLINE: ‘Pengalaman dan cabaran yang pasti tidak dapat dilupakan’ itulah antara kata-kata yang diluahkan oleh staff PPA CAS di dalam Program Kembara Hijau Sintok 4x4 yang diadakan pada 28 Mac 2017 yang lepas.  Di dalam program ini, seramai 12 orang staff PPA CAS telah menyertai ekspedisi meredah hutan Sintok untuk menerokai keindahan alam flora dan fauna dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda 4x4 dengan kerjasama Kelab 4x4 Sintok dan Kelab Pajero Jitra 4X4. Objektif program hijau ini ialah untuk mendidik para peserta akan kepentingan menjaga hutan, sentiasa melindungi alam sekitar untuk generasi akan datang dan untuk mengeratkan hubungan semasa peserta.

MPP UUM, 1M4U BINA RUMAH HIJAU

on .

ALOR SETAR - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) membina rumah hijau untuk warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Changlun, baru-baru ini.

Exco Kesukarelawan MPP UUM, R Dinesh berkata, kira-kira 40 mahasiswa mengikuti program kerjasama dengan 1M4U itu.

GO GREEN UUM! SERU UNPRI

on .

ANJUNG TAMU ONLINE: Go-Green adalah suatu gerakan yang bertujuan memelihara dan mencipta suasana persekitaran hidup yang lebih baik bagi semua termasuklah manusia, flora, fauna dan lainnya seperti air, tanah, udara dan sebagainya.Go green adalah tindakan penyelamatan bumi yang saat ini sudah mengalami banyak kerosakan dan alam semulajadi semakin panas hasil tindakan yang tidak menentu.

Kenyataan ini mendapat perhatian 10 orang pelajar kumpulan pertama program kerjasama UUM dengan Universitas Prima, Medan Indonesia (UNPRI) di bawah program Pusat Pengajian Antarabangsa UUM COLGIS.

CABARAN REDAH HUTAN SINTOK

on .

Hutan Sintok yang sunyi dan damai selama ini tiba-tiba 'dikejutkan' dengan deruman 15 kenderaan pacuan empat roda dalam Ekspedisi 4x4 ke Air Terjun Sintok, baru-baru ini.

Aksi meredah lumpur, mendaki bukit, menuruni cerun curam dan berdepan pokok tumbang perkara biasa bagi penggemar sukan ekstrem ini. Malah semakin hebat cabaran semakin tinggi kepuasan yang dikecapi.

OYAGSB GREEN AWARENESS DAY

on .

OYAGSB Online – Protecting and preserving the environment is an important agenda for OYAGSB toward becoming an eminent business school. In support of the social responsibility agenda, OYAGSB recently conducted a Green Awareness Day that was open not only to the academic and administrative staff of the School but also to other people interested in environmental issues.

The Green Awareness Day started with an environmental awareness talk by two external consultants. The talk was primarily about the importance of protecting the environment and the role individuals can play in achieving the goal. The talk was then followed by the official launch of the School Environmental Policy, which communicates the School's commitment and contribution to protecting and preserving the environment. The Green Awareness extended to the second day involving a walk to the UUM Welcome Centre. The Green Awareness Day was also carried out to support the ISO14001 and SR10 initiatives of the School.

SUKARELAWAN TURUN PADANG BERSIHKAN KAMPUNG

on .

SERAMAI 40 pelajar Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) menyelami kehidupan penduduk desa sempena program Sukarelawan 1Malaysia For Youth (1M4U) di Kampung Bukit di Kubang Pasu, Kedah, baru-baru ini.

Pada program itu, peserta turut menjalankan aktiviti-aktiviti kesukarelawan dengan membersihkan kampung dan mengecat dewan.

PELAJAR ANTARABANGSA TANAM POKOK BAKAU

on .

Berbekalkan semangat serumpun, seramai 54 mahasiswa dari empat buah negara telah bekerjasama menanam pokok-pokok bakau sempena ASEAN Community Engagement Program (ACEP), di Pantai Kuala Ibus, Kuala Kedah.

Mereka terdiri daripada pelajar dari Kemboja, Filipina dan Indonesia yang menyertai program anjuran Persatuan Pelajar Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRMSA), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.