KUTIP 200KG SAMPAH DALAM MASA SEJAM

on .

Seramai 170 sukarelawan Universiti Utara Malaysia (UUM) terlibat mengutip sampah sempena program khidmat komuniti Trash Here di sekitar Jalan Bukit Hantu di Pualau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Pada program itu, mereka berjaya mengumpulkan lebih 200 kilogram (kg) sampah dalam masa hanya satu jam.

Menurut pensyarah universiti tersebut, Muhammad Fauzi Mokhtar, program anjuran Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni Kolej Seni dan Sains (UUM CAS) dengan kerjasama Environment Idaman Sdn. Bhd. dan SW Corp. itu merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan kadar sampah di sekitar Langkawi.