KOMUNITI: KERINGAT ‘HERO’ YANG TIDAK DIDENDANG
Mungkin ada yang beranggapan kerja sebagai tukang cuci adalah kasta rendah, namun peranan mereka juga penting bagi memastikan kebersihan setiap kawasan adalah terjamin, selesa dan selamat digunakan. Begitu juga bagi pekerja pembersihan di UUM khususnya yang bertanggungjawab menjaga kebersihan di Welcome Centre atau Anjung Tamu. Mereka menjalankan tugas dan amanah sebaiknya sehingga membolehkan UUM menerusi Welcome Centre dinobatkan sebagai Pemenang Kedua Kategori IPTS/IPTS sempena Pertandingan Tandas Awam Bersih Peringkat Kebangsaan 2019 yang diumumkan baru-baru ini.