UUM EDUTOURISM READY FOR NEW NORMAL OF TOURISM SECTOR

on .

UUM ONLINE: The Universiti Utara Malaysia (UUM) Edutourism Division has made thorough preparations ahead of the recommence of its operations by complying with the standard operating procedures (SOPs).

Manager of the Edutourism Division, Department of Strategic and Business Development, Mr Muhammad Fauzi Mokhtar said, after being temporarily closed for more than four months due to the spread of the COVID-19 pandemic, disinfection operations on all assets such as Voltron, Tram, Rang Car and ATV electric bicycles had been successfully carried out.

KUTIP 21KG SAMPAH DALAM MASA TIGA JAM

on .

LANGKAWI – Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mengumpulkan sebanyak 21 kilogram (kg) sampah melalui program Perkom’s Eco-Leader Development 1.0 di Pantai Chenang di sini pada Jumaat lalu. Program anjuran Persatuan Komunikasi (PEerkom) UUM dengan kerjasama Underwater World Langkawi itu turut mendapat sokongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Perbandaran Langkawi dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SW Corp).

‘TRASH HERO GO GREEN’ JABATAN KESELAMATAN SUNTIK KESEDARAN JAGA ALAM SEKITAR

on .

UUM ONLINE: Sudah menjadi tanggungjawab bersama apabila menyentuh tentang isu kebersihan alam sekitar sama ada di dalam kampus mahupun di luar kampus. Atas rasa kesedaran betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan pemandangan di sekitar Sintok, 'Trash Hero Go Green' Jabatan Keselamatan UUM telah mengadakan program khidmat masyarakat dengan mengutip sisa sampah sarap di sepanjang jalan, baru-baru ini.

WUJUD SEMANGAT GOTONG-ROYONG ERAT SILATURAHIM

on .

UUM ONLINE: Staf universiti ini diingatkan untuk mewujudkan semangat gotong-royong bagi mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Pengerusi LPU, Dato’ Prof. Dr. Sudin Haron berkata, Kumpulan Pelaksana adalah antara pihak yang berperanan penting untuk membangunkan universiti dan menentukan kejayaan dasar-dasar yang telah dibuat. Justeru, menurutnya, kumpulan tersebut perlu bekerjasama dengan pengurusan universiti bagi menjayakan agenda yang telah dirancang.

10,000 LANGKAH MENUJU PUNCAK VISTA SAMBIL TANAM POKOK

on .

UUM ONLINE: Menghayati keindahan alam semulajadi kampus hijau sambil berjalan beramai-ramai menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna sekali gus mempromosikan gaya hidup sihat. 

Biro Sukan Dan Rekreasi Chance Club, Adilah Ishak berkata, menerusi aktiviti santai ini, peserta dapat meluangkan masa beramah mesra setelah bertungkus lumus bekerja di pejabat bagi mengukuhkan silaturahim dalam membina pasukan kerja yang mantap.

HASIL JUALAN TUDUNG TAJA SARAPAN PERCUMA

on .

UUM ONLINE: Kaya dengan sifat pengasih dan prihatin terhadap mahasiswa yang memerlukan mendorong Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) membuat jualan amal demi memberi sarapan percuma setiap pagi. 

Pengarah Projek, Dr. Adibah Ismail, menerusi Projek Jualan Amal Tudung Terpakai yang dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Jabatan untuk membantu para pelajar yang memerlukan.

STML GO GREEN 2019 RANCAKKAN PEMBANGUNAN LESTARI

on .

UUM ONLINE: Mengangkat tema Industrial Revolution Towards Sustainability,  program STML Go Green 2019 mendapat sambutan dan respon positif daripada Kerajaan Negeri Kedah dan warga kampus.

Kemunculan Optimus Prime (Transformer) dan aksi persembahan Gendang Silat oleh Pelajar Sekolah Kebangsaan Dato’ Syed Nahar, Pameran industri dan niaga menceriakan program yang berlangsung di Foyer Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).

ERT JALANI KURSUS ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN

on .

UUM ONLINE: Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjalani Kursus Asas Keselamatan Kebakaran di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah di Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.

Pasukan ERT UUM telah ditubuhkan oleh pihak universiti pada tahun 2017 dengan kekuatan anggota seramai 36 orang sebagai persediaan jika berlaku sebarang kecemasan di dalam kawasan universiti, pasukan ini akan dikerah untuk membantu sementara menunggu ketibaan pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

UUM UNGGULI PETRON ROAD SAFETY DIGITAL CHALLENGE

on .

UUM ONLINE: UUM muncul Johan bagi kategori Institusi dengan skor sebanyak 724,250 mata sekali gus menerima wang tunai RM3,000 dalam Petron Road Safety Digital Challenge yang berlangsung di Dewan Muádzam Shah, semalam.

Tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang dengan catatan 205,710 mata merangkul wang tunai RM2,000 diikuti Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dengan 127,800 mata dengan wang tunai RM1,000.

PELAKSANAAN KAMPUS LESTARI AGENDA UTAMA BENGKEL ‘LIVING CAMPUS’

on .

Kesedaran mengenai kepentingan kawasan lestari dan hijau di dalam kampus telah menjadi agenda utama kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam proses pembangunan yang lebih mapan pada masa hadapan. Bagi memenuhi agenda tersebut, Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Kertas Kerja Polisi: Blueprint Living Campus bertempat di UTLC Future Learning Lab, Kompleks Konvensyen, baru-baru ini.