KUTIP 21KG SAMPAH DALAM MASA TIGA JAM

on .

LANGKAWI – Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mengumpulkan sebanyak 21 kilogram (kg) sampah melalui program Perkom’s Eco-Leader Development 1.0 di Pantai Chenang di sini pada Jumaat lalu. Program anjuran Persatuan Komunikasi (PEerkom) UUM dengan kerjasama Underwater World Langkawi itu turut mendapat sokongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Perbandaran Langkawi dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SW Corp).

Penasihat Perkom, Dr Mohd Zuwairi Mat Saad berkata, program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat termasuk pihak kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung kepentingan memelihara dan pemuliharaan perairan pantai khususnya Pantai Chenang.

Menurutnya, program selama tiga jam yang berjaya mengumpulkan sampah seperti plastic, tin, bekas makanan dan puntung rokok itu bukan sekadar program mengutip bahan buangan semata-mata malah membantu melahirkan modal insan yang holistik kepada masyarakat setempat khsususnya di Langkawi.

Sumber: Sinar Harian, 16 Februari 2020, ms. 34