STML GO GREEN 2019 RANCAKKAN PEMBANGUNAN LESTARI

UUM ONLINE: Mengangkat tema Industrial Revolution Towards Sustainability, program STML Go Green 2019 mendapat sambutan dan respon positif daripada Kerajaan Negeri Kedah dan warga kampus.
Kemunculan Optimus Prime (Transformer) dan aksi persembahan Gendang Silat oleh Pelajar Sekolah Kebangsaan Dato’ Syed Nahar, Pameran industri dan niaga menceriakan program yang berlangsung di Foyer Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).