PENSYARAH STML BANTU PENGILANG MINUMAN BOTANI PENUHI GMP

Kepakaran penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak dapat disangkal apabila Dr. Risyawati Mohamed Ismail dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) telah dilantik untuk mengetuai kerjasama dengan pengilang minuman botani dari Perlis bagi memenuhi kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna menerusi pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP).