UUM METERAI KERJASAMA DENGAN E-IDAMAN REALISASI HASRAT 'KAMPUS LESTARI'

on .

Ke arah menjadi 'Kampus Lestari', Universiti Utara Malaysia menjalinkan hubungan strategik dengan syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, E-Idaman Sdn Bhd dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) di Bilik Senat, semalam. UUM telah diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, manakala E-Idaman Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Zaki Abdul Aziz Daud. Dalam ucapan Prof. Dr. Haim Hilman berkata, pemeteraian MoU antara UUM dengan E-Idaman adalah satu titik permulaan kepada usaha bersama dan usaha bersepadu untuk mengangkat agenda 'Living Campus'.

TIME TO FOCUS ON GREEN AGENDA

on .

In the pandemic and post-pandemic world, Malaysia once again is indeed at the crossroads of its development journey. The need to move forward as one with a clear path of the economy is more important than ever.

SBM SEMARAKKAN KEPEDULIAN HIJAU DAN KESIHATAN MENTAL

on .

Langkawi - Sempena Bengkel Pelan Tindakan Strategik 2021, seramai 21 staf Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah menyertai program ‘SBM Green Environment & Good Mind Projects’, baru-baru ini di Pantai Kok sebagai tanda komited terhadap pemeliharaan alam sekitar yang bersih dan selamat. Dekan SBM, Prof. Dr. Salniza Md. Salleh berkata, program yang menggabungkan dua aktiviti serentak itu antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran peserta ke atas kepedulian untuk menjaga alam sekitar dan dalam masa yang sama menekankan aspek penjagaan kesihatan mental. 

‘JOM KAYAK IBS’ ERAT SILATURAHIM SESAMA STAF

on .

Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) melalui Jawatankuasa Kebajikan, Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Program ‘Jom Kayak IBS’ bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara staf di Tasik Guthrie UUM, baru-baru ini. Ahli Jawatakuasa Kebajikan, Sukan Dan Rekreasi IBS, Mohd Saharudin Shakrani berkata, antara objektif program ini ialah mendedahkan staf IBS dengan teori dan praktikal berkayak, di samping menimba pengalaman baru yang jarang sekali dirasa oleh warga IBS kerana kesibukan bekerja.

SINERGI CUIC DAN CeTMA USAHA PENCAPAIAN KPI UNIVERSITI

on .

Usaha menangani masalah alam sekitar tidak harus menjadi tanggungjawab sebelah pihak semata-mata tetapi ia perlu didokong bersama oleh semua warga universiti tanpa mengira latar belakang. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar di UUM khususnya dilaksanakan dalam konteks pembangunan lestari melibatkan pembangunan ekonomi, sosial dan perlindungan alam sekitar. Menurutnya, pembangunan lestari tidak dapat dicapai sekiranya salah satunya tidak bergerak bersama dalam merealisasikan hasrat berkenaan.

BERGERAK SEDERAP MENGINDAHKAN KAMPUS LESTARI

on .

Program Kampusku Lestari UUM Lestari 2021 mensasarkan untuk memberi keselesaan dan keceriaan kepada warga kampus,  di samping melahirkan komuniti yang pandai menjaga persekitaran yang bersih dan kondusif. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, usaha ini suatu inisiatif yang digerakkan bersama dengan seluruh warga kampus untuk menghijaukan lagi kampus dan memastikan prasarana yang ada dalam kampus dapat digunakan dengan baik.

CUIC - TRASH HERO PRIHATIN JAGA ALAM DI PULAU TUBA

on .

Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) dan Mahasiswa UUM menimba pengalaman menarik apabila turun padang bersama-sama penduduk setempat bergotong-royong di Pulau Tuba, Langkawi, baru-baru ini. Pengarah CUIC, Dr. Shahrina Othman berkata,  usaha ini adalah kerjasama CUIC, sukarelawan Trash Hero Langkawi serta Trash Hero Sintok sebagai inisiatif khidmat masyarakat dengan mengutip sampah sarap sepanjang pantai dan jalan yang dilalui yang merupakan tumpuan pengunjung. “Kita perlu bersahabat dengan alam dan setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan alam, apabila gotong-royong ini dilakukan secara bersama impaknya lebih besar.