‘LET’S GET FIT TOGETHER’ TINGKAT TAHAP KESIHATAN, TURUN BERAT BADAN

on .

Program ‘Let’s Get Fit Together’ bukan sahaja meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tetapi lebih mengujakan berjaya menurunkan berat badan peserta. Pengarah program, Khairul Anuar Adnan berkata, program anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dengan kerjasama Kelab Kebajikan SEFB yang berlangsung selama dua bulan itu melibatkan pelbagai aktiviti menarik dan santai. Antaranya ceramah kesihatan, senamrobik, aktiviti berbasikal, jungle trekking, mendaki Bukit Bunga Raya, walkathon, sukan golf, memanah dan badminton.

“Objektif utama program ini diadakan untuk mendapatkan berat badan ideal melalui penurunan berat badan yang sesuai mengikut fizikal peserta, sekali gus dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan.

“Di samping itu, program ini bertujuan untuk menggalakkan peserta mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti bersukan sambil beriadah serta meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti kerja peserta semua,” katanya pada Penutup Lets’s Get Fit Together di Stadium Pusat Sukan, baru-baru ini.

Seramai 50 peserta terdiri dalam kalangan staf SEFB, IBS, SPSSP dan Pusat Asasi selain pelajar telah menyertai program tersebut.

Progam itu juga melibatkan pemeriksaan kesihatan bagi setiap peserta yang bertanding seperti timbangan berat badan, tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah dan ‘Body Mass Index’ (BMI).

Dekan SEFB, Prof Dr. Russayani Ismail menyampaikan hadiah kepada 5 pemenang utama yang berjaya menurunkan berat badan serta mencapai berat badan ideal

Dr. Edie Erman muncul pemenang utama berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram, diikuti tempat kedua, Mejar Norzilah Aziz dengan penurunan berat badan sebanyak 7 kilogram dan Prof. Madya Dr. Siti Aznor Ahmad dengan penurunan berat badan sebanyak 3 kilogram.

Peserta, Dr. Nariman Mohd Saad yang juga merupakan Pengerusi Kelab Kebajikan SEFB berkata, semua peserta berpuas hati dan seronok dengan acara santai yang dijalankan dan secara tidak langsung menjadikan mereka lebih bermotivasi dan bersemangat. 

“Dengan adanya program ini berupaya mengeratkan lagi silaturahim dan pada masa sama dapat menurunkan berat badan dan mencapai berat badan yang ideal untuk kehidupan yang berkualiti,” katanya.

 

Oleh: Siti Fatimah Abdullah
Gambar oleh: SEFB
Sumber: UUM Corporate Comm.