TNC (P&I) GERAK PROGRAM KAMPUSKU LESTARI UUM LESTARI 2021

on .

Gerak gempur pengurusan aset dan inventori bagi semua Pusat Pengajian dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UUM telah dimulakan dan diselaraskan dengan kerjasama utama Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP), UUM IT dan Jabatan Bendahari. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah menggesa warga kampus UUM dan kontraktor pembersihan untuk terlibat sama dalam program UUM Lestari 2021 bagi memperkemaskan sistem perekodan aset, memaksimumkan penggunaan aset, melupuskan aset tidak boleh dibaik pulih dan meningkatkan kebersihan serta keceriaan kampus.

Program ini diharapkan dapat memastikan kampus UUM yang dicintai ini dapat memberi kesejahteraan kepada komuniti dan kesihatan ekosistem alam semula jadi yang ideal untuk persekitaran bekerja dan pembelajaran.

 

Oleh: Pejabat TNC (P&I)
Gambar oleh: UUM Press
Sumber: UUM Corporate Comm.