UUM TERIMA PENGHARGAAN SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH

on .

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah menganjurkan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2020 Peringkat Negeri Kedah di Mydin Mall, baru-baru ini. Sambutan tersebut telah dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Kedah, Dr. Robert Ling Kui Ee. Pengarah Kempen Kitar Semula (E-Waste) Peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Haslinda Mohd hadir meraikan dan menerima cenderhati sempena pelancaran perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2020 Peringkat Negeri Kedah.

Pusat Pengajian Undang-undang sebagai rakan strategik Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah berjaya menganjurkan program Kempen Kitar Semula (E-Waste) peringkat UUM selama dua hari pada Oktober lalu dengan kerjasama Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP).

Sambutan terhadap kempen ini amat menggalakkan dan secara tidak langsung kempen ini dapat melatih warga UUM menjaga alam sekitar dengan adanya platform pembuangan barangan elektrikal dan elekronik yang betul.

 

Oleh: Haslida Ismail
Gambar oleh: SOL
Sumber: UUM Corporate Comm.