PESERTA DISCOVER PHOTOGRAPHY BURU KEINDAHAN UUM, DIDEDAHKAN TEKNIK FOTOGRAFI
![](/images/news/PhotographyUUM.jpg)
SINTOK: Keindahan Universiti Utara Malaysia (UUM) berlatarbelakangkan bukit bukau dan kaya flora fauna menjadi buruan kepada peserta bagi menyertai bengkel Discover Photography baru-baru ini.
Pengarah Unifilm Studio UUM, Bahiyah Md Idris berkata, bengkel selama tiga hari itu sarat dengan pengisian ilmu dalam memahami konsep dan teknik fotografi.