PELAJAR ANTARABANGSA TANAM POKOK BAKAU

on .

Berbekalkan semangat serumpun, seramai 54 mahasiswa dari empat buah negara telah bekerjasama menanam pokok-pokok bakau sempena ASEAN Community Engagement Program (ACEP), di Pantai Kuala Ibus, Kuala Kedah.

Mereka terdiri daripada pelajar dari Kemboja, Filipina dan Indonesia yang menyertai program anjuran Persatuan Pelajar Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRMSA), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.