BASIKAL ELEKTRIK DI KAMPUS

on .

Pelbagai langkah diambil kerajaan mahupun pihak universiti bagi memastikan pewujudan suasana kondusif untuk pengajian tinggi, khususnya usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap kenderaan di dalam kawasan kampus.

Bertepatan agenda itu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memperuntukkan RM4 juta bagi menggalakkan penggunaan basikal elektrik di kampus menerusi program Sikal Elektrik Rakyat 1Malaysia (SER1M) tahun ini.

Melalui program itu yang akan dijalankan oleh Malaysian Green Technology Corporation (MGTC), enam universiti terpilih menerima masing-masing 200 unit Basikal Berbentukan Pedal Elektrik (EPAB).