“GREEN CAMPUS” JADI TARIKAN SMK AMAN JAYA ANJUR LAWATAN KALI KEDUA KE PUSAT ASASI PENGURUSAN

on .

PAP ONLINE: Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 4 beserta 4 orang guru pengiring daripada SMK Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah telah memilih UUM sebagai lokasi lawatan akademik pada 03 Ogos 2017 lalu. 

Menurut Cikgu Muhammad Tarmizi, guru Kaunselor SMK Aman Jaya,   pelajar yang mengikuti lawatan akademik adalah pelajar-pelajar yang mempunyai minat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang syarat kemasukan ke Program Asasi Pengurusan UUM selain untuk melihat persekitaran pembelajaran yang selesa sesuai dengan tag line UUM “Universiti di Rimba Hijau’.

Menurutnya, Program Asasi Pengurusan di UUM semakin popular dalam kalangan pelajar dan guru-guru SMK Aman Jaya selepas beliau mengadakan lawatan pertama pada bulan Mac yang lalu.

Pada sesi lawatan tersebut, para pelajar telah diberi penerangan yang mendalam berkaitan penawaran program Asasi Pengurusan oleh Prof. Madya Dr. Munif Zarirruddin Fikri bin Nordin (Timbalan Pengarah (Akademik)).   Selain itu, mereka juga berpeluang melihat sendiri pembelajaran yang sedang berlangsung semasa sesi lawatan ke bilik kuliah.

Sesi lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan surat penghargaan daripada Prof. Madya Dr. Munif Zarirruddin Fikri bin Nordin yang  mewakili Pengarah, Pusat Asasi Pengurusan, UUM kepada ketua delegasi, Encik Muhamad Tarmizi.