BANTU PULIHARA BANGUNAN SEJARAH -- 70% tapak warisan terbiar, alami kerosakan serius

on .

KUALA KEDAH – Hanya 30 peratus bangunan dan tapak warisan sejarah di Kedah masih berpeluang untuk dipulihkan bagi tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan.

Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rohani Ab Ghani berkata, selebihnya kini dalam keadaan terancam.