O BIKE PUPUK GAYA HIDUP SIHAT

on .

Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini ditawarkan perkhidmatan perkongsian basikal atau lebih dikenali sebagai 'o Bike' yang sedikit sebanyak mengubah suasana di kampus. O Bike adalah perkhidmatan perkongsian sewa basikal tanpa stesen yang kebiasaannya perkhidmatan perkongsian basikal ini akan berada di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Muhammad Asri Mohamed @ Abdul Rahim berkata, kewujudan o Bike di UUM merupakan satu langkah yang amat bagus. “Kedatangan o Bike ke UUM, secara tidak langsung menjayakan tagline UUM sebagai Universiti di Rimba Hijau yang dikelilingi flora dan fauna,” katanya.