WARGA KAMPUS TURUN PADANG TABUR BAKTI

on .

CHANGLUN: Ikatan silaturahim diperkukuh menerusi Program Setulus Hati Bersama Penduduk Kampung Darat, di sekitar perkarangan masjid Kampung Darat, di sini, baru-baru ini.

Program berkenaan adalah anjuran Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama UMW GRANTT, Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) dan International Business Management Society (IBMS).