UUMIT MERANGSANG TUBUH KELUAR KERINGAT KETIKA BERBASIKAL

on .

ANJUNG TAMU ONLINE: Bahaya jika tak keluar peluh seharian bekerja di pejabat, dengan keluarnya peluh, ia akan melancarkan sistem kitaran darah masuk dan keluar serta menjaga tubuh selain menjadikan suhunya kembali normal.

Dalam konteks kesedaran ini, UUMIT yang diketuai oleh Pengarah, Kamarudin Abdullah bersatu hati bersama semua warga kerja memilih untuk berbasikal sekitar kampus sempena kayuhan santai Merdeka dan transit di kawasan Rehat & Rawat (R & R) UUM Welcome Centre.

Malah, aktiviti berbasikal merupakan satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh. Dalam erti kata lain, berbasikal juga dapat membakar lemak dan kalori berlebihan yang kita makan sekaligus nyah isu obesiti yang mengundang pelbagai penyakit.

Selain itu, berbasikal juga dapat memperbaiki tahap kesihatan diri yang mana setiap pergerakan di bahagian otot memberikan impak berbeza.

Melihat gaya dan tutur bicara warga kerja UUMIT, aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan kerja berpasukan jika dilaksanakan secara beramai-ramai malah memberikan kesan positif yang diharap-harapkan.

Ternyata berbasikal merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh sekaligus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan. Bahkan, membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda.