SERONOKNYA TENGOK KUDA & IKAN BESAR - LITTLE CALIPHS ALOR SETAR KEDAH

on .

ANJUNG TAMU ONLINE: Mengakui kanak-kanak perlu didedah dengan pelbagai aktiviti pendidikan bagi melatih fungsi perkembangan mental & fizikal mereka, pihak pengurusan Little Caliphs Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah mengadakan lawatan ke UUM sebagai salah satu cara untuk menjalankan penilaian melalui pemerhatan. Pendek kata, pemerhatian merupakan kaedah biasa digunakan dan terbukti berkesan digunakan untuk menilai pertumbuhan, perkembangan serta pembelajaran kanak-kanak.

Kata guru pengiring, Munirah Mohd. Nordin, “Memberi pendedahan awal kepada anak-anak yang berusia 6 tahun tentang universiti serta menanam minat dalam menuntut ilmu. Menunjukkan kepada mereka keseronokkan alam semulajadi yang terdapat di UUM.”

Sementara itu, 48 kanak-kanak dari Little Caliphs ini dibawa melancong di dalam Welcome Centre serta penyampaian maklumat kepada kanak-kanak di peringkat awal adalah jauh berbeza dengan cara, gaya, susunan ayat supaya mereka memahami apa yang cuba disampaikan.

Menariknya, apabila suara riuh rendah mereka bergema memecah kesunyian semasa melancong sambil belajar.

Umum mengetahui, tahun-tahun pertama kanak-kanak adalah fasa kritikal kerana ketika inilah mereka belajar tentang pelbagai perkara dan mudah untuk dididik.

Dalam melayan pelbagai gelagat mereka ketika melawat Welcome Centre, sembilan kanak-kanak yang ditemui berkata,

“Saya rasa sejuk dan seronok,” – Nur Az-Zara.

“Best! Rasa nak belajar di sini,” – Siti Aisyah Sofia Asmer.

“Seronok, nak datang lagi,” – Alia Zahra Marissa Hisyam.

“Seronoknya, nak datang lagi boleh?” – Nurul Naffa Mohd Suhaimi.

“Seronok tengok ikan besar, nak tengok kuda dengan rusa pula,” – Putri Wan Uzma Mohd. Fazil.

“Cantik & seronok,” – Nurul Amani Mohd. Shukri.

“Seronok dapat tengok kuda,” – Nurul Damia Abdul Basir.

“Suka, seronok,” - Nuha Imani Mohd. Zubair.

“Seronok, nak datang tengok ikan lagi sini,” – Nur Arissa Umiarah Mohd. Khairul Fikri.

Rata-rata menyedari bahawa guru yang mendidik mereka adalah guru yang berkualiti dan tahu tentang peri pentingnya pendidikan awal kanak-kanak ini. Guru pengiring mereka mengucapkan terma kasih kepada pihak UUM yang sudi menerima lawatan Little Caliphs Alor Setar.

Mengakhiri Discover UUM, beliau berkata,

“Sangat seronok, layanan yang mesra dan terbaik!”

“Staf Welcome Centre yang penyabar dan sentiasa tersenyum.”