MERDEKA BICYCLE PLOGGING

on .

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan pihak Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) telah mengadakan satu program berbasikal yang dinamakan 'Merdeka Bicycle Plogging' dengan bertemakan 'Sayangi Negaraku Malaysia', yang mana para peserta akan berbasikal secara konvoi melawat tempat-tempat yang mempunyai nilai warisan dan sejarah di dalam UUM dan sekitar UUM sambil mengutip sampah-sampah yang terdapat di kawasan berkenaan.

Antara tempat yang dilawati oleh konvoi berbasikal ini adalah

  1. Runtuhan balai polis Sintok yang pernah diserang oleh pengganas komunis semasa tempoh darurat dahulu
  2. Kawasan perkuburan Cina yang menjadi bukti bahawa Sintok pernah dihuni sebelum ini oleh masyarakat Cina yang bekerja sebagai pelombong bijih dan pembalak sebelum Sintok ditinggalkan kerana ancaman pengganas komunis
  3. Tugu Keris di Dataran Pahlawan UUM yang menjadi satu kenang-kenangan para perajurit dan pasukan keselamatan yang telah gugur sepanjang mempertahankan bumi Sintok dan sekitarnya
  4. Dewan MAS yang merupakan Tapak pertempuran pasukan keselamatan dengan kumpulan
    komunis

Konvoi ini berakhir di Varsity Mall di mana semua sampah-sampah ini dikumpulkan untuk dikutip oleh pihak pembersihan.

Reaksi peserta:

Menurut Ketua Jabatan STHEM, Dr Edwin, acara ini telah sedikit sebanyak menimbulkan perasaan sayangkan negara melalui lawatan ke tempat-tempat tersebut disamping perkongsian cerita oleh para pensyarah STHEM yang terlibat semasa di lokasi-lokasi tersebut. 

Pn. Nafizah, salah seorang yang terlibat sebagai peserta di dalam konvoi berkenaan menyatakan keterujaannya yang bukan sahaja dapat mengetahui sejarah yang terdapat di kawasan UUM ini bahkan juga dapat menyumbang khidmat bakti melalui aktiviti plogging yang dijalankan. "Dapat tahu pasal sejarah Sintok dan pada masa yang sama membersihkank kawasan tersebut dari sampah sarap".

En. Danial, peserta konvoi berbasikal ini gembira kerana bukan sahaja dapat beriadah, tetapi dapat meluahkan rasa cinta kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan oleh mereka yang
kurang rasa tanggung jawab. "Kita dapat kibarkan bendera dan dapat pastikan tempat itu bersih".