GOTONG ROYONG:GO GREEN SMMTC

on .

Aktiviti gotong royong “Go Green” telah diadakan di sekitar laman Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi hari ini. Objektif program ini diadakan adalah untuk membersihkan dan menaik taraf sudut landskap di persekitaran bangunan terbabit bagi memastikan kawasan tersebut indah, ceria dan bersih.

Program gotong royong ini melibatkan pensyarah, staf sokongan dan pelajar praktikum SMMTC. Diantara pengisian yang telah dilaksanakan adalah membersihkan kawasan bangunan, menanam pokok, dan mengubah pasu bunga untuk membina sebuah landskap yang lestari.

Turut serta dalam aktiviti gotong royong tersebut adalah Dekan SMMTC, Prof. Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak, Timbalan Dekan SMMTC, Dr. Sobihatun Nur Abdul Salam dan Ketua Jabatan Teknologi Multimedia, Dr. Mohd Nizam Saad.

Menerusi program ini, kebaikan amalan gotong-royong bukan sahaja dapat memudahkan kerja malah mampu menerapkan sikap bertanggungjawab selain mengeratkan silaturahim dalam sesebuah organisasi.