KAYUH ‘GEREK’ SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-63

on .

Untuk meningkatkan semangat cintakan negara sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63, Jawatankuasa Kelab Kebajikan, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah menganjurkan aktiviti kayuhan basikal eletrik (Voltron) di sekitar kampus, baru-baru ini. Timbalan Dekan SBM, Prof. Madya Dr. Hasnizam Shaari berkata, seawal jam 8.00 pagi, peserta telah berkumpul di hadapan Jabatan Hal Ehwal dan Pelajar (HEP) untuk mengambil basikal eletrik sebelum memulakan kayuhan Merdeka itu.

Menurutnya, bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, setiap peserta diambil bacaan suhu terlebih dahulu supaya mereka yang betul-betul sihat sahaja dibenarkan menyertai program tersebut.

“Aktiviti kayuhan basikal eletrik yang disertai oleh staf akademik dan juga pentadbiran SBM bermula di lobi bangunan SBM dan kami menyusuri tempat-tempat menarik sekitar kampus seperti Anjung Tamu, hidden lake, kandang rusa dan tasik Guthrie.

“Acara seperti ini memberi peluang kepada rakan-rakan beriadah selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang agak panjang, selain menyahut saranan pihak pengurusan untuk menerapkan budaya sihat dan cergas serta semangat cintakan negara dalam kalangan warga SBM,” katanya.

Sepanjang aktiviti berlangsung, peserta sentiasa bekerjasama di antara satu sama lain bagi melancarkan aktiviti kayuhan basikal ini, selain mengeratkan ukhwah sesama mereka.

 

Oleh: Jawatankuasa Kelab Kebajikan, SBM
Gambar oleh: Nik Amirul Aqman Nik Lah
Sumber: UUM CORPORATE COMM