PELANDAK MODEN
Utusan Malaysia 9 Mac 2015: Pesawah sering kali mengalami masalah untuk mengawal pertumbuhan rumput di dalam petak sawah padi.
Rumput yang terlalu tebal menyebabkan pokok padi terpaksa bersaing untuk mendapatkan nutrisi serta cahaya matahari menyebabkan hasil berkurangan.
Oleh demikian, petani terdahulu menggunakan sejenis alatan ringkas untuk mengawal pertumbuhan rumput di dalam petak sawah yang lebih dikenali sebagai pelandak.