TARIKAN POHON TIGA BERADIK
Utusan Malaysia, 9 Nov. 2015; SINTOK - Hutan Sintok di Universiti Utara Malaysia (UUM) berkeluasan 1,061 hektar dan berusia ribuan tahun bakal menjadi tarikan utama sempena Tahun Melawat UUM 2016 atau Discover UUM.
Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, ia menawarkan pengalaman pelancongan berasaskan ekopelancongan untuk pelancong dalam dan luar negara khsusunya pencinta alam.
Menurutnya, lebih 3,000 pokok gaharu, beberapa spesis pokok karas serta pokok ratusan tahun yang dikenali sebagai 'pohon tiga beradik' dengan saiz 10 pemeluk terdapat di hutan tersebut.